Sunday, 26 February 2017

Sedihnya Hati Ini...Suami Enggan Buat Projek Dengan Saya Sejak Malam Pertama Kerana JIJIK.

Assalam admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.


Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!

Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang smp boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebabtu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui sex drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. 

Akhirnya hampa. Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon