Patutlah Ketua Menteri Pulau Pinang itu digelar sebagai Tokong oleh kebanyakan rakyat di negeri berkenaan, rupa-rupanya gelaran tersebut berasas apabila kuasa yang ada pada Ketua Menteri DAP tersebut sangat tidak terbatas.
Bukan sahaja beliau berkuasa didalam menentukan hal pentadbiran negeri Pulau Pinang, tetapi Ketua Menteri DAP itu juga mempunyai kuasa ‘infiniti’ didalam menentukan urusan hal ehwal agama lain juga nampaknya.
Pepatah orang lama ada mengatakan, jika tiada angin, takkan pokok akan bergoyang. Begitu jugalah dakwaan yang ditujukan kepada Ketua Menteri DAP itu didalam isu campurtangan pemfatwaan agama Islam di Pulau Pinang.
Mustahil untuk parti PAS yang diketahui sebagai Parti Melayu kedua terbesar didalam negara untuk sengaja berbohong didalam hal berkenaan. Apa untungnya jika PAS berbohong? Malah ia akan merugikan PAS sendiri jika pembohongan itu diketahui umum.
Ketua Menteri DAP dikatakan bukan sahaja mahu kuasa menentukan hala tuju fatwa negeri Pulau Pinang, malah beliau turut dikatakan terlampau berkuasa sehingga mampu mmecat seorang Mufti Agama Islam hanya kerana tidak bersetuju dengannya.
Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa, kontrak bekas mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad tidak disambung selepas tamat pada Jun 201.
Arahan tersebut dikeluarkan kerana Mufti malang tersebut membantah arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah yang bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.
“Agaknya mengapa Datuk Hassan, bekas mufti Pulau Pinang tidak disambung kontrak sebagai mufti sebelum ini? Adakah kerana isu fatwa kalimah Allah di Pulau Pinang? Kontrak mufti di bawah bidang kuasa exco agama.
“Khabarnya selepas isu fatwa kalimah Allah itu, Lim Guan Eng minta exco agama keluarkan arahan supaya semua fatwa mesti dimaklumkan terlebih dahulu dalam mesyuarat exco, sebelum ia dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong. Hassan selaku mufti waktu itu membantah arahan tersebut.
“Selepas itu, Hassan tidak disambung kontrak sebagai mufti, digantikan Datuk Dr Wan Salim, mufti sekarang. Sepatutnya dalam isu ini, exco agama Pulau Pinang yang jawab, bukan peralatkan mufti untuk jawab,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Ini jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri DAP Pulau Pinang sangat biadap apabila menganggu hal ehwal agama Islam didalam negeri. Sudah tentunya Mufti baru yang dilantik akan dipilih dari orang-orang yang patuh kepadanya sahaja jika kenyataan Afnan diambil kira.
Malang bagi penduduk Islam di Pulau Pinang kerana terpaksa tunduk kepada kafir meskipun didalam soal hal ehwal agama sendiri. Selepas ini tak mustahil penduduk Islam di Pulau Pinang terpaksa meminta izin kepada Ketua Menteri DAP terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sekalipun! - Utaranews.com
EmoticonEmoticon