Seorang remaja lelaki India yang menangis mengeluarkan air mata berdarah sejak usia 10 tahun diberi gelaran ‘stigmata boy’, lapor Daily Mail.
Akhilesh Raghuvanshi yang kini berusia 13 tahun, yang dilanda penyakit ‘misteri’ itu mengeluarkan darah dari telinga, mata, mulut, kaki dan rambutnya sehingga sepuluh kali sehari meskipun tidak mengalami sebarang luka atau calar di badannya.
Ibu bapa Akhilesh pada mulanya menyangka dia mengalami dehidrasi apabila dia mula mengeluarkan darah dari hidung, tiga tahun lalu. Namun tidak lama kemudian mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Alkhilesh.
Doktor-doktor yang merawat Akhilesh juga terkejut melihat keadaan remaja itu yang tidak berhenti mengeluarkan dari dari badannya. Keadaan Akhilesh itu juga telah dikaji oleh para doktor di Institut Sains Perubatan India, namun mereka tidak mampu merungkai apa sebenarnya yang berlaku pada remaja berkenaan. Keadaan itu menyebabkan Akhilesh terdesak mencari penawar bagi mengubati penyakitnya misterinya itu.
“Saya berdarah dari mata, tangan, kepala, telinga, hidung dan juga mata. Apabila darah keluar dari telinga, ia terasa panas. Ia boleh berlaku sekali atau mungkin 10 kali dalam sehari.
“Kadang-kadang pendarahan itu akan berhenti dan tidak akan berlaku untuk beberapa bulan. Tetapi dalam 15 hari yang lalu, saya kehilangan darah hampir setiap hari.
“Ia tidak menyakitkan bila pendarahan bermula tetapi ia membuatkan saya letih dan kadang-kadang menyebabkan sakit kepala,” kata Akhilesh.
Selepas para doktor di India tidak dapat membantu, bapanya, Arun, yang bekerja sebagai petani merayu pada pihak perubatan seluruh dunia untuk merawat anak lelakinya itu.

“Saya telah bertemu dengan doktor terbaik di India, namun tiada yang dapat memahmi apa penyakit ini dan bagaimana ia boleh diubati.
“Setakat ini anak saya mengalami pendarahan di mata, hidung, rambut, leher dan kaki. Tetapi sekarang keadaannya semakin buruk kerana dia mula kencing berdarah.
“Saya amat bimbang melihat keadaan dia. Sains perubatan mesti ada jawapan kepada permasalahan ini. Saya merayu kepada doktor di seluruh dunia, bantu dan selamatkanlah anak saya,” kata Arun. - The Reporter
EmoticonEmoticon