Tuesday, 21 February 2017

Rahsia Anak Jadi Mangsa Rogol Bapa Kandung Selama 4 Bulan Terbongkar Kerana Keputihan Berbulan-bulan.

Ulu hati saya seperti di siat dengan sembilu tajam, sakit sangat hingga susah saya nak ungkapkan, "itulah kata kata seorang ibu kepada jpn.com, berkait tragedi malang yang menimpa anak perempuannya Bunga, 8 tahun yang menjadi mangsa pemuas nafsu ayah kandungnya sendiri selama 4 bulan.


Ibu mangsa merupakan seorang bekas pekerja pembantu rumah di Malaysia yang berkahwin dengan Rohman sekitar tahun 2006 lalu.

Pada pertengahan tahun 2015, Rohman pergi merantau sehingga kini tidak pernah balik ke kampungnya, selang seminggu anak perempuannya yang masih berumur 8 tahun terus menanyakan dimana ayahnya.

Pada ketika itu, Bunga mengalami sakit demam dan keputihan pada kemaluan tanpa diketahui sebab dan puncanya, keesokan harinya Bunga kembali menanyakan dimana ayahnya, ibu mangsa yang geram kerana menyangka anaknya demam kerana terlalu merindui ayahnya itu berkata "ayah kamu dah mati"

Ibu mangsa bercerita selepas ia menjawab dengan demikian anaknya itu mula berani bercerita tentang kekejaman ayahnya selama 4 bulan sebelum pergi merantau. "Saya menyangka dia demam sebab terlalu merindui ayahnya, rupanya tidak, katanya.

"Saya terkejut bagaikan disambar petir apabila Bunga, anak saya mengatakan bahawa dia dipaksa bersetubuh oleh ayahnya sendiri selama 4 bulan setiap hari"

"Saya terus membawanya ke klinik untuk pemeriksaan, pihak klinik mengatakan kemaluan anak saya sudah hancur sepenuhnya kerana luka bekas kekerasan seksual" .katanya.

Kemudian ibu Bunga pun membuat laporan polis, namun sayang kewujudan Rohman ketika itu tidak diketahui di mana sehingga menyukarkan pihak polis untuk menangkapnya.

Ibu Bunga bercerita sejak peristiwa itu anaknya mengalami kesakitan kemaluan dalam waktu yang sangat lama, Bunga juga mengalami keputihan selama berbulan-bulan.

Menurut ibu mangsa, Rohman suaminya sememangnya mempunyai nafus seks yang sangat kuat "kalau di ikutkan dia memang mahu melakukan setiap jam, saya dah pernah membawanya ke doktor pakar pada tahun 2013, doktor itu mengatakan suami saya mengidap hypersex, cuma saya tidak sangka ia turut melampiaskan nafsunya kepada anak kandung sendiri" kata ibu mangsa.

Polis Lamandau AKBP mengakui pihaknya memang berhadapan dengan perkara sukar untuk mengesan Rohman (pelaku). Difahamkan kali terakhir diketahui Rohman berada di Sumatra dan selalu berpindah pindah.

Akan tetapi perisik yang dihantar sejak 3 bulan lalu telah berjaya menangkap Rohman di Jawa Barat.

Rohman yang bekerja sebagai penjual daging ayam, mengakui atas kesalahannya, ketika ditanya berapa kali dia melakukan perkara itu kepada Bunga, anak kandungnya sendiri, dia menjawab "tidak tahu berapa kali, tapi dalam satu hari saya melakukannya sampai 3 ke 4 kali" katanya tertunduk.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon