Seorang pengasas Sekolah Samurai di Kawanishi, Hyoga, Jepun, Isao Machii, membuktikan kebolehannya mengendalikan pedang katana dengan memotong sebutir peluru Ball Bearing dengan kelajuan 324 kilometer sejam.
Isao yang juga seorang guru seni pertahanan diri Jepun, Iaido, cukup mahir menggunakan pedang katana sejak berumur tujuh tahun lagi.
Pada tahun 2010, beberapa orang krew penerbitan rancangan televisyen popular Superhuman terbitan pengasas komik Marvel, Stan Lee, telah menguji Isao dilapang sasar, Los Amgeles.
Bayangkan, hanya dengan menggunakan pedang, Isao berjaya memotong peluru yang dilepaskan kepadanya.
Isao berdiri bertentangan dengan seorang penembak sejauh 70 meter. Airsoft pellets atau Ball Bearings (BB) bullets yang diperbuat daripada plastik digunakan sebagai peluru. Sebaik tembakan dilepaskan, Isao mengeluarkan pedang lalu membelah peluru.
Aksi ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana tindakan spontan ini sangat pantas. Dianggarkan, semasa proses respon membelah peluru ini berlaku, had kelajuan peluru dibelah pada takat 170 kilometer sejam.
Pada kelajuan ini, imej tidak boleh dipantulkan dengan jelas ke mata manusia. Bagaimanapun, imej ini jelas terpantul apabila dirakam ke dalam sensor sensitif kamera. Tayangan gerakan perlahan dapat membuktikan bagaimana cara samurai moden ini beraksi.
Selesai saja aksi Isao, pihak produksi memainkan semula rakaman dengan 250 kali lebih perlahan. Sangat mengejutkan apabila peluru BB yang halus itu terbelah dua. Dr. Ramani Durvasula, Profesor Psikologi daripada California State Universiti turut dibawa untuk menyaksikan kebolehan Isao dan memberikan pendapat tentang kebolehan luar biasa Isao.
"Kebolehannya memberi reaksi terhadap situasi tersebut adalah satu tahap berbeza yang memang jelas bukanlah melalui deria pandangannya. Ianya suatu proses yang berkait dengan gerak hati yang cukup kuat mengalir di dalam badannya," jelas Dr. Ramani.
Kebolehan luar biasa Isao boleh dikaitkan dengan teknik-teknik latihan konsisten seni mempertahankan diri Iaido yang merupakan seni mempertahankan diri kuno yang diasaskan oleh seorang lagenda samurai, Hayashizaki Jinsuke Shigenobu, pada pertengahan tahun 1,500.
Iaido menggunakan pedang katana, merangkumi aspek kepantasan, intelek yang tinggi, sensitiviti serta ketekalan jiwa melalui keharmonian diri pengamal dengan elemen spiritual.
Jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Iaido bermaksud 'kedudukan mental dan gerak pantas'.
Terkini, pada tahun 2013, Isao muncul pula dalam sebuah rancangan televisyen di Jepun dan mencipta rekod Guiness membelah peluru BB dengan kelajuan 350 kilometer sejam.
Hebat!
EmoticonEmoticon