Tuesday, 26 July 2016

Perempuan Memenangi Pertandingan Kerana Tidak Pernah Kentut Di Hadapan Suami.

Kentut memang sesuatu yang biasa, kerana ianya merupakan proses biologi. Namun, dalam nilai masyarakat, kentut di depan orang lain dianggap tidak sopan. Meskipun biasanya aktiviti ini sudah menjadi perkara biasa jika dilakukan di depan ahli keluarga terdekat.


Tapi seorang wanita berasal dari Brisbane, Australia tidak pernah kentut di depan suaminya . Walaupun sudah lima tahun tinggal bersama, wanita bernama Marissa Goodsell itu tetap tidak mahu suaminya melihatnya dan mencium bau kentut miliknya.

Marissa sama sekali tidak pernah kentut di depannya bahkan saat mereka sudah berkahwin sekalipun. Suaminya, Steward Reed pun melihat hal itu sebagai sebuah prestasi Ia kemudian mendaftarkan isterinya ke sebuah pertandingan pencarian "wira" di stesen radio tempatan yang di host oleh Hamish Blake dan Andy Lee. Pemenang pertandingan itu, namanya akan dipakai sebagai tempat ski di Mount Buller, Victoria.

Steward melihat pertandingan tersebut sebagai satu peluang besar untuk memberikan penghargaan kepada isterinya. 

"Saya mendengar adanya pertandingan tersebut dan kemudian, terfikir untuk memasukkan isteri. Mengisi borang dan menghantarnya, lalu memberi tahu isteri dan kami berdua ketawa. Rasa selama berhubungan dengannya, belum pernah mendengarnya kentut," ucap Steward, seperti dikutip dari NT News, Selasa ( 19/4/2016 ).

Tanpa disangka, Marissa memenangi pertandingan tersebut dengan sokongan besar 44 peratus. Saat diminta pendapat dan alasannya mengapa ia tidak mau kentut di depan suaminya, ia hanya merasa kentut di depan suaminya adalah hal yang terlalu aneh .

"Tidak tahu mengapa saya tidak melakukannya (kentut), tetapi rasa itu bukan satu perkara besar. Hanya tidak mahu kentut di depannya, tidak tahu mengapa." kata Melissa.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon