Shah Alam: Penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino, menyerahkan borang untuk menyertai semula parti Umno di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.
Borang itu diserahkan kepada Pengerusi Umno negeri Tan Sri Noh Omar untuk proses rayuan selepas dipecat keahlian seumur hidup keranabertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Pemilik nama sebenar Masrun Tamsi, 62, itu berkata, keputusan itu dibuat kerana hatinya masih setia dan terlalu sayangkan Umno sehingga ke kini.
"Saya bertanding Bebas sebelum ini kerana kecewa mahu menunjukkan protes akan ketidakseimbangan politik di dalam parti itu.
"Namun, kini ia dilihat kembali pulih dan hati serta sokongan saya masih bersama Umno. Saya menerima segala keputusan kelak dengan hati terbuka," katanya.
Pada PRU-13 itu, beliau pernah bertanding tiga penjuru di Parlimen Tanjung Karang sebagai calon bebas menentang Noh dan calon PAS, Mohamad Rashdi Deraman.
Noh bagaimanapun mengekalkan kerusi Parlimen itu untuk penggal kelima berturut-turut selepas memperoleh 20,548 undi.
Sumber: hmetro.com.my
Sumber: hmetro.com.my