Sunday, 8 May 2016

[Viral] Botol Minuman Ringan Yang Sebenarnya Adalah Kek.


Australia: Seorang pembuat kek dari Sydney, mencipta kelainan dalam menghasilkan rekaan kek apabila kek yang dihasilkan menyerupai botol minuman ringan beberapa jenama terkenal.

Pemilik Baked by Andres iaitu Andres Fatso telah memuat naik rekaan uniknya itu melalui laman Facebook dan Instagram miliknya.

Ternyata sentuhan magisnya itu telah menjadi viral pengguna laman sosial. Kek yang dimaksudkan itu menyerupai botol minuman ringan Coca Cola, Sprites dan Fanta.


Bagaimanapun, setelah dipotong ‘botol’ itu, ia sebenarnya adalah sebiji kek yang mempunyai rasa teh hijau bagi Sprite, manakala Fanta mempunyai rasa Buttercup dan Coca Cola pula rasa seperti jem coklat Nutella.

Oleh kerana viralnya cerita berkaitan kek itu, pihak Coca Cola Australia telah menempah sebiji kek kebetulan bersempena dengan ulang tahun syarikat tersebut yang ke-130 pada minggu ini.
Malah video Fatso memotong salah satu daripada keknya itu yang dimuat naik ke laman Facebook telah ditonton oleh lebih dari 200,000 tontonan.


Walau bagaimanapun, Fatso bukan sahaja mencipta kek berkonsepkan minuman ringan, malah pelbagai lagi jenis kek dan manisan yang turut digemari oleh golongan kanak-kanak mahupun dewasa.


Selain dari itu, Fatso juga tidak lokek untuk berkongsi resepi dan cara-cara untuk menghasilkan kek tersebut. - bolanmagambang.com.

Artikel Terkait