Monday, 9 May 2016

Perkara Yang Membuatkan Lelaki Curang!

Lelaki walaupun sudah ada isteri cantik/awek comel tapi masih tidak setia juga? Jom baca kat bawah ni antara 8 sebab utama lelaki curang.


1. Kaya 

Lelaki yang kaya mudah untuk curang kerana dia rasa perempuan mudah dipujuk dengan kekayaannya. 

2. Cinta Lama 

Bila awek lama muncul kembali, lepas tu mulalah berhubung untuk ingat kisah cinta lama, maka berlakulah curang tanpa sedar. 

3. Selekeh 

Imej adalah perkara yang penting bagi lelaki, pasangan yang selekeh menjadi faktor berlakunya curang. 

4. Queen Control 

Lelaki yang jadi mangsa queen control oleh pasangan dia, kemungkinan untuk curang tu sangat tinggi, sebab semua lelaki tak suka diperintah. 

5. Bosan 

Bila selalu bergaduh dan hubungan tak manis macam bercinta dulu, mulalah dia cari yang lain untuk isi kebosanan tu. 

6. Kacak 

Walaupun poket kosong dan tiada duit, asalkan ada rupa, saham tetap tinggi. Amoi mudah je jatuh hati. 

7. Menyampah 

Mungkin sebab dah tak mampu lagi nak layan kerenah pasangan yang mengada-ngada, curang la penyelesaian baginya. 

8. Balas Dendam 

Mungkin sebab nak balas balik perbuatan pasangannya yang curang. Biar adil..katanya. 

* Hargailah pasangan anda sebaiknya.

Artikel Terkait