Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, 3 March 2017

7 Cara Simpan Duit Elak Miskin Dikemudian Hari.

Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.


Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan - Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.

Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Thursday, 2 March 2017

Khas Buat WANITA: 4 Tips Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat.

Post kali ini khas untuk kaum HAWA!! Tolong jangan ketawa yer!!


1. Mandi serum

Adalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.

Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
  • Daun pandan
  • Daun limau purut
  • Daun serai wangi
  • Daun mengkudu
  • Daun kunyit
  • Halia
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.

2. Bertangas

Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.

Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.

3. Rendaman faraj

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang

Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.

Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.

Sumber: Persatuan Muafakat Johor

Thursday, 16 February 2017

Ini Caranya Kalau Nak Kumpul Duit Hantaran RM15,000 Dengan Gaji RM1,500 Sebulan.

Bila adat dipegang erat melebihi agama, pastinya akan menyusahkan pasangan muda untuk menghalalkan hubungan melalui pernikahan. Kalau ikut agama, tak perlu pun berbelanja besar sampai terbeban pengantin. Dah tahu bakal menantu gaji ciput, berpada-padalah nak letak nilai wang hantaran.



Nampaknya, bukan setakat anak muda saja yang perlu celik kewangan. Ibu bapanya juga perlu celik sekali. Lebih-lebih lagi kalau dapat ibu bapa yang terlalu mengikut adat. Jadi, bagaimana nak mengumpul duit hantaran RM15,000 kalau anda bergaji RM1,500 sebulan? Memang kena ikat perutlah jawabnya.

Begini caranya, perkara seperti ini perlu dirancang dengan elok. Dua tahun sebelum nak berkahwin, mohon ASB Financing RM100,000 selama 30 tahun. Kadar keuntungan bank 5.2% dan andaian dividen yang diumumkan adalah 7.25%. Setiap bulan ansuran yang anda perlu bayar, RM550.

Selepas dua tahun, terminate sijil ASB RM100,000 itu. Anda takkan dapat RM15,000 sebenarnya. Tetapi anda akan mendapat tunai sebanyak RM18,000!

Kenapa banyak sangat?

Kalau anda simpan duit bawah bantal, memang tidak akan dapat sebanyak itu. Anda hanya dapat RM550 x 25 = RM13,200 sahaja.

Simpan sendiri: RM13,200
Simpan dengan ASBF: RM18,000

Mana lebih untung?

RM18,000 = RM13,200 = RM4,800 (untung)

Berbalik kepada realiti, dengan gaji RM1,500 dan komitmen ASBF RM550 sebulan, baki yang anda ada untuk survive sebulan adalah,

RM1,500 - RM550 = RM950

RM950 sahaja cukup tetapi anda perlu berjimatlah. Selepas anda berkorban selama dua tahun, sanggup ke nak menghabiskan duit itu hanya untuk duit hantaran?

Belum lagi termasuk belanja katering, fotografi, pakej bulan madu, barang hantaran, sewa dewan, busana ala-ala raja Melayu dan lain-lain.

Kalau hantaran RM5,000 tak apalah juga. RM18,000 - RM5,000 = RM13,000

Baki RM13,000 itu boleh buat bayar kos lain-lain. Pandai-pandailah kan. Tak mustahil gaji RM1,500 boleh simpan RM550 untuk ikut teknik ini. Ini adalah forca saving ya. Antara sanggup atau tidak saja.

Fikirlah dulu dalam-lama sama ada nak buat atau tidak. Kalau ada cara lain, teruskan. Anda yang mahu berkahwin, bukan saya.

Fikir, fikir, akhirnya tak fikir panjang terus memohon personal loan RM15,000. Habis cerita. Jadilah raja sehari dan anda menjadi 'hamba bank' untuk bertahun-tahun lamanya. Hahaha!

Kita boleh guna bermacam-macam teknik untuk manipulasi dengan ASB Financing. Kena bijak sesuaikan dengan matlamat kewangan masing-masing. Macam mana nak jadi bijak? Kenalah belajar.

Tambahan, RM18,000 itu boleh buat modal untuk beli rumah harga RM120,000. Jadi kalau nak guna cara ini untuk kumpul modal beli rumah pun boleh.

Taglah Facebook bakal suami/isteri, ibu bapa, bakal mertua, pakcik dan makcik anda. Biar semua mendapat kesedaran. Untung-untung boleh jimat banyak bila nak kahwin nanti.

Sumber: Thereporter

Monday, 13 February 2017

7 Teknik Supaya Isteri Anda Inzal Hingga Menggeletar.

Berikut adalah tujuh tips untuk memastikan isteri anda mendapat inzal yang hebat ketika bersetubuh sehingga tubuh badannya menggeletar menahan kesedapan.

Gambar hiasan.

1. Fizikal dan mental

Berikan keselesaan dari segi fizikal dan mental kepada isteri anda. Apabila isteri anda rasa dirinya selamat berada bawah jagaan anda, dia akan lebih bersemangat untuk adakan hubungan seks. Apabila mindanya rasa selesa untuk adakan hubungan seks, dia akan lebih senang untuk datang orgasm.

2. Foreplay yang lama

Jangan pendekkan masa foreplay. Panjangkan permainan foreplay sehingga dia datang inzal. Kemudian di tengah–tengah persetubuhan, anda rangsang lagi isteri anda menerusi permainan foreplay sehingga dia datang inzal. Akhirnya nanti pada orgasm atau inzal yang terakhir, isteri anda pasti akan rasa kepuasan yang tidak terhingga.

3. Rangsang g-spot

Rangsang bahagian g-spot isteri anda. Rangsangan yang konsisten akan memberi orgasm yang luar biasa pada isteri anda.

4. Fokus

Siasat perkara yang isteri anda paling terangsang sekali dan fokus untuk memuaskan isteri anda berpandukan perkara tersebut.

5. Kelajuan berdayung

Ketika berdayung, anda mulakan dengan perlahan. Kemudian, anda lajukan gerakan dan cuba bermain–main kelajuan. Isteri anda pasti tidak keruan dengan tindakan anda ini.

6. Guna tangan

Gunakan tangan untuk menjelajahi badan isteri anda. Sentiasa gerakkan tangan anda untuk merangsang bahagian badan isteri anda.

7. Rangsang klitoris

Rangsang klitoris isteri anda sehingga dia menjerit kepuasan.

Isteri akan menjerit kepuasan hingga menggeletar dalam hubungan seks jika anda sudah pandai melakukan 7 teknik di atas. Semoga bermanfaat.

Sumber: Panduanbatin