Showing posts with label pelik dan aneh. Show all posts
Showing posts with label pelik dan aneh. Show all posts

Sunday, 26 February 2017

Wahai Bakal Suamiku...Maafkanlah Aku Kerana Tidak Mampu Berikan Kepuasan Batin Sebab Aku Tiada Lubang NIKMAT Untuk Dicucuk Oleh Burungmu.

Penyakit sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu penyakit berkenaan sistem reproduksi wanita iaitu tidak mempunyai lubang faraj. Ia merupakan penyakit yang sangat jarang ditemui.


Rujuk gambar di Wikipedia bagaimana rupanya wanita tiada faraj.

Berikut adalah kisah berkenaan penyakit ini.

IMPIAN Jacqui Beck untuk menjalani kehidupan seperti kebanyakan gadis normal lain tidak kesampaian apabila dia disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu penyakit berkenaan sistem reproduksi wanita.

Sindrom itu menyebabkan gadis berusia 19 tahun itu tidak akan didatangi haid sepanjang hayatnya selain tidak boleh melakukan hubungan seksual apatah lagi memiliki zuriat sendiri.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan organ peranakannya itu tidak lengkap kerana tidak mempunyai rahim, serviks dan bukaan faraj.

Cerita Beck, ketika umurnya mencecah 17 tahun, dia masih belum didatangi haid, berbeza dengan rakan-rakan seusia lain yang sudah mengalami menstruasi seawal umur 14 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa curiga dan menganggap kelewatan itu adalah normal bagi remaja yang mempunyai tubuh kurus serta tinggi seperti dirinya.

Namun, pada musim panas tahun lalu, dia mengalami kesakitan pada bahagian leher dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor.

Cerita Beck, ketika sesi rawatan itu, dia turut memaklumkan mengenai kelewatan haidnya kepada doktor kerana berasa agak risau dengan keadaan tersebut.

“Doktor berasa agak hairan ketika diberitahu mengenai perkara itu lalu dia menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti masalah yang mungkin timbul tetapi tiada apa-apa yang dikesan.

“Saya kemudian dirujuk kepada pakar sakit puan dan alangkah terkejutnya apabila diberitahu saya menghidap MRKH,” lapor portal berita Daily Mail.

Bertutur lanjut, gadis yang berasal dari Isle of Wight, England ini berkata, dia tidak mempercayai berita itu kerana secara zahir, kemaluannya kelihatan normal.

Namun, selepas mendapat penerangan daripada doktor dan melihat sendiri keputusan ujian, dia menerima takdir itu dengan hati terbuka.

Optimis

“Pada mulanya, saya fikir doktor salah diagnosis, namun apabila mengenangkan saya masih belum haid pada usia yang sepatutnya, saya mula merasakan hal tersebut masuk akal.

BECK tidak mengalami sebarang gejala sindrom MRKH sewaktu dia masih kecil.

“Saya berasa sangat sedih dan takut namun saya pasrah dengan ketentuan takdir,” katanya.

Meskipun ‘cacat’, Beck tetap optimis menjalani kehidupan malah, dia berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai khususnya wanita yang senasib dengannya.

“Saya mahu sentiasa berfikiran positif dan merasakan hal ini bukan satu penghalang lebih-lebih lagi dalam mencari pasangan,” katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej muzik di Guildford, London.

Beck juga kini berusaha mendapatkan rawatan pakar di Hospital Queen Charlotte dan Hospital Chelsea di London, England.

Menurutnya, buat masa ini, dia menjalani rawatan dilation atau pengembangan bagi membentuk serta meregangkan bukaan lubang faraj.

“Doktor memaklumkan jika cara tersebut tidak berhasil, saya terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian itu,” katanya.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat, punca sindrom MRKH masih belum dapat dipastikan namun kebanyakan pakar obstetrik dan ginekologi percaya faktor genetik menyumbang kepada penyakit itu.

Bagi Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, ada juga sesetengah pakar mendakwa sindrom itu disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan perkembangan organ reproduksi yang berlaku di peringkat janin.

“Hal itu menyebabkan rahim dan bahagian atas saluran faraj tidak terbentuk,” katanya.

Tambahnya, kaedah dilation dan pembedahan neovagina untuk mewujudkan saluran faraj merupakan antara cara rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat penyakit tersebut.

“Ia dilakukan apabila tisu lembut di bahagian luar faraj didalamkan lagi menggunakan alat vaginal dilator yang mempunyai pelbagai saiz dan direka khusus untuk pesakit.

“Pesakit akan diajar menggunakan alat itu supaya mereka dapat melakukannya sendiri di rumah,” jelasnya.

Sementara itu, kajian yang dijalankan Yayasan Magic pada tahun 2009 mendapati, wanita yang mula-mula didiagnosis menghidap sindrom itu mengalami trauma kerana beranggapan diri mereka tidak sempurna.

“Keadaan sedemikian memberikan tekanan dan menjejaskan emosi pesakit sehingga menyebabkan mereka berasa murung, keliru dan sedih,” katanya.

Thursday, 23 February 2017

Buaya Betina Ini DIROMEN Secara Bergilir-gilir Oleh 9 Lelaki Bersaudara Dengan Alasan Yang Tidak Masuk Akal.

Sebuah kejadian pelik berlaku di Afrika telah menggemparkan beberapa media negeri itu apabila 9 orang lelaki bersaudara didakwa telah merogol seekor buaya betina.


Menurut sumber, pada awalnya kesembilan lelaki dewasa ini di lihat menangkap seekor buaya dan mengangkatnya beramai ramai.

Tidak seperti biasa, mereka rupanya menghukum buaya betina berkenaan kerana buaya itu menyusahkan hidup mereka. Dikatakan buaya itu telah memakan ternakan-ternakan mereka sehingga tidak ada yang tertinggal.

Geram dengan kejadian tersebut sembilan bersaudara ini membuat satu jaring yang direka khas menangkap buaya berkenaan dan mereka akhirnya berjaya.

Kerana dendam tersebut mereka tanpa semena-mena merogol buaya betina berkenaan dengan cara bergilir, kemudian dilepaskan semula, dengan cara seperti itu mereka percaya kononnya buaya itu tidak akan datang semula.

Kes ini pernah di siarkan oleh mirror uk, tapi tidak diketahui dengan jelas sama ada buaya itu benar-benar memakan ternakan mereka, namun menurut warga tempatan perkampungan itu, merogol buaya di kawasan itu adalah satu tindakan yang biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam.

| BM

Saturday, 18 February 2017

Tak Tahulah Apa Yang Pasangan Pengantin Ini Rasa Bila Diganggu Oleh Tradisi Ganjil Lagi Memalukan Ini.

Usikan malam pertama kepada kedua mempelai raja sehari sering dilakukan oleh saudara mara dan sahabat handai. Usikan-usikan itu adakalanya sangat melucukan. Antara usikan yang boleh dianggap rare adalah menghadiahkan jam loceng yang di bungkus dalam sebuah kotak. Jam loceng berkenaan di set berbunyi sekitar jam 2 ke 3 pagi bertujuan agar pihak mempelai terkejut.


Usik-usikan ini sememangnya sebagai satu jenaka kepada pengantin. Tetapi ada di sebuah tempat, usikan atau gangguan kepada pengantin di malam pertama dijadikan sebagai satu tradisi. Di mana tu?

Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.

Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama“.

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.

Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan ‘para pembuli’ malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

| BM

Wednesday, 15 February 2017

Bapa Ini Menamakan Anaknya 'Syaitan' Supaya Tidak Mati Muda!


Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik termasuk seorang warga Banyuwangi yang bernama Tuhan. Kini muncul pula nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan).

Memetik laporan media Indonesia, lelaki yang bernama Saiton itu berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.


"Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Nang dan Saimubah," petik laporan Liputan 6 Com.

Menurut Saiton, pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dari 12 orang adik beradiknya yang lahir, dua orang sahaja yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal sewaktu berusia 5 hingga 7 tahun.

"Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikir saya tidak mungkin hidup. Mungkin kerana kesal anaknya terus menerus meninggal dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.

"Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah 'kepalang bingung mau kasih nama apa' (sudah pening untuk memberi nama)," jelas Saiton.

Bercerita lanjut, Saiton berkata ketika dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes namanya itu, sebab namanya itu sering kali dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakannya, lantas katanya kedua-dua orang tuanya menggantikan nama itu menjadi Iskandar.

Namun setelah diganti namanya, Saiton sakit dan ia berpanjangan selama tiga tahun. Pelbagai cara digunakan orang tuanya untuk mengubatinya namun tetap tidak berhasil.

"Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.

"Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya," ujarnya.

Sumber: Sinarharian | BM

Sunday, 18 September 2016

Apabila Mati Tidak bermaksud 'Goodbye'.

Budaya dan kepercayaan adalah dua aspek yang menjadikan sesebuah masyarakat di sesebuah kawasan ataupun wilayah itu unik dan berbeza. Bagi rakyat Sabah dan rakyat Sarawak, kepercayaan mereka adalah apabila seseorang yang telah meninggal dunia, ia adalah waktu dimana rohnya akan dipisahkan daripada badan dan kembali kepada Maha Pencipta mengikut kepercayaan agama masing-masing. 


Namun keadaan ini berbeza sama sekali jikalau dibandingkan di sebuah wilayah di Republik Negara Indonesia iaitu di Kepulauan Sulawesi.

Masyarakat di Kepulauan ini yang terdiri daripada suku kaum Toroja mempercayai bahawa walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia, ia sebenarnya belum lagi meninggal sepenuhnya selagi belum membuat korban kerbau di tempat pengebumiannya yang akan dijadikan sebagai kenderaan di alam dua orang mati.

Badan si mati itu akan disimpan dirumah berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sehinggakan mereka akan memberikan makanan dan menjaganya seperti orang yang masih hidup.

Sejumlah etnik Toroja akan meneruskan hubungan dengan si mati melalui upacara yang dipanggil ma’nene’, iaitu sejenis pengebumian kali kedua yang mana keluarga arwah itu akan membawa keluar badan arwah daripada tanah perkuburan untuk dibersihkan dan ditukar pakaian agar kelihatan baik.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila kunjungi website National Geography melalui link ini When Death Doesn’t Mean Goodbye.