Salam semua..hari ni saya nak brkongsi cerita yang berlaku ke atas saya lebih kurang 2bulan lepas..pada 10/1/2017, pukul 9.45 pagi lebih kurang, saya sedang memasak d dapur untuk juadah tengahari anak2 saya..
Sekadar gambar hiasan
Saya berseorangan d rumah kerana ke3 anak ke sekolah manakala suami pula berkeja..ketika itu saya hamil 4bulan..tiba2 ada seorang wanita berpakaian cakap sopan datang memberi salam &menyatakan dia dari syarikat penapisn air datang untuk membuat demo alat mereka. Saya benarkan dia masuk, dan itulah kesilapan besar saya..
Sebaik sahaja dia masuk, seorang lelaki yang menunggunya d motosikal terus menyerbu masuk. Rupanya mereka perompak, si perempuan pegang saya..manakala si lelaki menggeledah rumah..
Apabila mereka mendapati hasil rompakan x lumayan, mereka mula menyoal saya d mana saya simpan barang berharga..saya memang tiada banyak wang ketika itu. Barang kemas cuma ada rantai je. Mereka x puas hati & mula memukul saya tanpa belas kasihan..akibat dari perbuatan mereka kandungan saya gugur. Mungkin akibat tendangan lelaki itu d perut..
Apa yang saya cuba smpaikan d cini, BERHATI2LAH WAHAI PARA IBU..lagi2 bila anda bersendirian. JGN BERI MASUK ORG SEBARANGAN DLM RUMAH..untuk pengetahuan semua, penjenayah tu masih bebas walaupn laporn telah d buat..
Dan kepada penjenayah tu ingatlah AKU AKN TUNTUT D AKHIRAT KELAK APA YG KAU BUAT PD AKU DAN ANK AKU...
EmoticonEmoticon