Memiliki motosikal kuasa tinggi adalah idaman setiap lelaki, namun ini lah risiko yang terpaksa di hadapi apabila menunggang motosikal kuasa tinggi ini, dengan kelajuan yang tinggi nyawa sentiasa dalam bahaya.
Namun demi minat berbagai cara dilakukan untuk menikmati kepuasan untuk memiliki motosikal kuasa tinggi ini.
Ini lah yang berlaku kepada seorang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendang Kedah, dia temui ajal apabila motosikal kuasa tinggi miliknya terbabas dengan kelajuan tinggi setelah bertarung nyawa dia dijemput ajal impak dari kemalangan terbabit.
Harian Metro melaporkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan di Kilometer 29 Jalan Baru Kulim-Baling-Grik, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Muhamad Rosdan Jusoh, 36 tahun yang juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang menunggang motosikal Suzuki GSX 1000 dalam perjalanan dari Grik, Perak menghala ke Kulim.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dihantar ke Hospital Baling untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia 2.30 petang ketika dirawat.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Al-fatihah.
| BM
EmoticonEmoticon