Saturday, 4 March 2017

Siapa Menteri Yang Kata Harga Minyak Malaysia Paling Murah Dari Negara Lain? Di Brunei Hanya 30 Sen Seliter. Mak Oiii Murahnya!!

Tags

BRUNEI merupakan antara negara pengeluar minyak sama seperti Malaysia di rantau ini. Sesuai dengan namanya sebagai negara pengeluar minyak, maka tidak hairanlah harga minyak yang dijual kepada rakyatnya juga sangat murah iaitu hanya 30 sen seliter (BD 0.30).

Harga minyak di Brunei hanya 30 sen.

Maklumat ini diperolehi daripada status salah seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu baru-baru ini. Beliau melahirkan rasa teruja dengan harga minyak yang sangat murah di Brunei - hanya 30 sen (BD0.30) seliter atau bersamaan dengan RM0.90 seliter.

"Seronok betul minyak 30 sen 1 liter. Penuh tangki baru 18 ringgit," tulis Muaz Abdul Hadi di akaun facebook miliknya, yang turut berkongsi gambar harga minyak yang terpampang pada pam minyak Shell yang dikunjunginya di negara berkenaan.

Jika Muaz mahu membeli jumlah minyak yang sama banyak di Malaysia, beliau perlu membayar sebanyak RM2.30/liter X 60.49liter = RM139.13 (RON95), tapi di Brunei beliau hanya membayar sebanyak BD18.00 (RM56.60).

Dalam kata lain, walaupun Malaysia dan Brunei kedua-duanya adalah negara pengeluar minyak, tapi harga minyak di Malaysia lebih dua kali ganda mahal berbanding di Brunei.

Itu baru perbandingan harga minyak secara terus belum lagi kita bandingkan dengan kadar pendapatan purata penduduk Brunei dan Malaysia lagi.

Selalu kita dengar menteri-menteri BN (Barang Naik) kata harga minyak Malaysia jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran. Tapi menteri-menteri ini hanya membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara yang tidak memiliki hasil petroleum seperti Singapura, Filipina dan Thailand.

Menteri-menteri ini tak berani bandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Brunei yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kenapa?

Lu fikirlah sendiri...

Kredit - MiloSuam

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon