Aksi seorang wanita yang elok bertudung dipercayai cuba mencuri barang kemas di sebuah kedai di Kuala Terengganu menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, sebuah rakaman kamera litar tertutup (cctv) memaparkan tangan seorang wanita yang memakai tudung dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai pekerja kedai barang kemas itu.
Paparan pada video berkenaan menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada 1.46 petang tadi yang membabitkan seorang gadis dipercayai cuba mencuri gelang emas sewaktu berurusan dengan pekerja kedai.
Dalam kejadian berkenaan, gadis tersebut ke kedai emas bersama ibu saudaranya dan seorang wanita lain untuk membeli gelang emas.
Ketika proses berkenaan, gadis tersebut mengambil kesempatan dengan mengambil seutas gelas emas dan menyembunyikan dalam genggaman tangannya.
Pekerja lelaki yang menyedari gelagat wanita mencurigakan itu bertindak pantas memegang tangan gadis tersebut bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Menerusi video berkenaan, ada suara yang menyatakan barang kemas yang cuba dicuri wanita tersebut dicampak ke bawah selepas kantoi.
Keadaan di kedai berkenaan kelam kabut seketika dan wanita tersebut seolah-olah menafikan cuba mencuri barang kemas.
Terdapat dua wanita lain yang bersama gadis tersebut semasa kejadian berlaku.
Wanita tersebut kelihatan memegang poket pakaiannya dengan menunjukkan tiada barang kemas yang diambil dari kedai berkenaan.
"Tak mengaku dia, padahal bukti ada.
"Dia tunjuk poket, memang lah tiada, dah jatuh dah," kata suara di dalam video berkenaan.
Dalam video berlainan, wanita yang sama kelihatan menangis selepas kantoi mencuri dan pemilik kedai mahu membawa kes tersebut ke balai polis.
Seorang wanita yang memakai baju berwarna merah mendakwa dia adalah ibu saudara kepada gadis tersebut dan kesal dengan kejadian itu.
"Kenapa buat seperti itu," kata wanita berkenaan.
Difahamkan, kejadian tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - MYNEWSHUB.CC
EmoticonEmoticon