Saturday 4 March 2017

Anjing Kejar Ambulans Yang Bawa Tuannya Membuatkan Kru Didalamnya Menitis Air Mata.

Tags

Sekali lagi kisah soal anjing yang sangat setia kepada pemiliknya. Kali ini berlaku di Goiana, Brazil, ketika seekor anjing mengejar ambulans yang membawa tuannya ke hospital.

Seorang paramedik sebuah hospital di Goiana, Brazil merakam aksi anjing milik seorang lelaki yang mengejar ambulans yang mengangkut tuannya ke hospital. 

Aksi kesetiaan si anjing berwarna coklat tersebut dirakam kru ambulans melalui pantulan cermin. Dalam rakaman itu kelihatan anjing itu terus mengejar selama beberapa minit sebelum akhirnya tertinggal dan keletihan.

Walaupun keletihan, anjing kecil itu terus mengejar ambulans tersebut dengan berjalan. Kru ambulans yang merakamkan aksi luar biasa itu akhirnya merasa hiba dan menghentikan keretanya. Mereka kemudian biarkan anjing itu masuk ke dalam ambulans untuk menemani tuannya.

Kakitangan ambulans Celiomar Ferreira do Couto (42), yang merakam aksi si anjing, berkata, semua kru ambulans merasa tersentuh dengan kesetiaan dan cinta yang ditunjukkan anjing itu kepada pemiliknya.

"Saya sudah bekerja sebagai paramedik selama 19 tahun dan tidak pernah melihat hal luar biasa seperti ini," kata Couto.

"Kadang-kadang kami tiba di lokasi sebuah keadaan darurat dan kami melihat beberapa binatang kesayangan. Namun, mereka biasanya lari begitu melihat kedatangan kami. Jadi reaksi seperti ini belum pernah saya lihat sepanjang karier saya," tambah Couto.

Anjing itu mendapat tepukan di kepala semasa dalam ambulans sebagai bentuk penghargaan pasukan paramedik atas kesetiaannya. Sebagai ganjaran, anjing itu dibenarkan duduk di sebelah pemiliknya sepanjang perjalanan menuju ke hospital.

"Kami tak percaya anjing itu berkelakuan sangat baik. Dia duduk tenang di sebelah pemiliknya. Dia tak menyalak sama sekali," ujar Couto.

"Pemilik kadang-kadang pengsan lalu sedar kembali, tetapi dia boleh melihat anjing kesayangannya menemani sepanjang perjalanan," kenang Couto.

Setibanya di hopital, lelaki yang menderita epilepsi itu terus dipindahkan ke atas sebuah katil sorong. Sedangkan anjing itu kelihatan mengikuti pemiliknya dan duduk di samping atas katil.

Malangnya, tak diperoleh berita keadaan kesihatan lelaki itu, sama ada dia kembali sihat dan boleh kembali bersama dengan anjingnya.

"Saya tak tahu apa yang terjadi seterusnya. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya pengalaman ini memberi saya pengajaran soal kesetiaan dan cinta yang wujud di antara seekor anjing dan pemiliknya," kata Couto.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon