Friday 10 March 2017

Abang Polis Kantoi 'POW' Duit Pengemis RM3 Jadi Viral Dan Bikin Panas Netizen.

Tags

Sebuah gambar pengemis dengan keadaan yang sangat menyedihkan dan makanan berterabur di dakwa telah dipecahkan oleh anggota polis.


Irwan Tasha Che’Omar yang menangkap gambar tersebut menyatakan dalam laman faceboknya bahawa “abang-abang Polis” di Bukit Bintang telah “POW” duit RM3 hasil dari mengemis lelaki ini.

Tujuan saya amik gambaq ni adalah,nak tunjukan uncle ni adalah manusia jugak. Kepada Abg2 polis yang “PAU” duit RM3 hasil dia mengemis dan pecahkan bekal makanan dia, tak kisah la, apa “background” dia sebelum ni. Tuhan melihat segala-galanya dan abg2 polis terlupa ramai pelancong yg tengok. Di tempat awam. Kejadian berlaku jam 9 mlm keatas, di Bukit Bintang. Harap pihak berwajib Ambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku2 tersebut.


Respon netizen berkenaan dengan dakwaan beliau sangat cepat dan nama polis mendapat kecaman hebat dari pengguna facebook, namun masih tidak diketahui anggota polis yang terlibat sama ada anggota polis bantuan atau sukarelawan polis.


Adakah benar dakwaan Irwan Tasha Che’Omar yang menjadi saksi mata kejadian.diharap kepada pihak polis dan mana mana anggota yang tertuduh agar tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku, kerana dalam ruangan komen isu berkenaan ramai yang menyuruh memviralkan perkara ini. Kami mengagak ini berkemungkinan hanya salah sangka orang awam yang menjadi saksi.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon