Seorang doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 59 kilogram daripada perut seorang lelaki yang sebelum ini dianggap hanya lemak biasa oleh doktor lain.
Roger Logan, 57, berjaya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan bukan barah itu di Hospital Bakersfield Memorial pada 31 Januari lalu dan perlu berada di hospital untuk tempoh seminggu lagi sebelum dibenar pulang ke Gulfport, Mississippi.
Pakar bedah, Dr. Vipul Dev berkata, ketumbuhan itu mungkin bermula dengan pertumbuhan bulu roma yang tidak sempurna sebelum dijangkiti kuman hingga menyebabkan ia membengkak serta mempunyai saluran darah sendiri.
Ketumbuhan itu bermula daripada bahagian perut lelaki itu lebih sedekad lalu.
“Doktor sebelum ini memberitahu saya gemuk dan ia hanyalah lemak biasa,” kata Logan ketika ditemuramah KERO-TV di Bakersfield.
Katanya, ketumbuhan itu membesar dan mencecah lantai terutama ketika dia duduk.
“Saya selalu menyamakan keadaan ini tidak ubah seperti rutin meletakkan pita pelekat di leher dan tiga beg simen bersama,” kata Logan.
Beliau yang hampir tidak dapat bergerak, menghabiskan sebahagian besar waktunya di kerusi malas dalam satu bilik rumahnya.
Pada masa tumor mencapai 130 hingga 140 pound, doktor memberitahu Logan adalah terlalu berisiko untuk dia menjalani pembedahan kerana peluang untuk hidup cuma 50 peratus.
Logan kini sudah pulih dan Khamis lepas dia dapat berjalan untuk kali pertama sejak beberapa tahun. - AP
Logan menunjukkan gambarnya dengan tumor seberat 130 pound selepas menjalani pembedahan. - AP

EmoticonEmoticon