Wanita yang ditangkap atas pembunuhan saudara tiri Kim Jong-un telah berkata dia menyangka dia hanya melakukan ‘Prank’, sebagaimana telah dilaporkan.
Kim Jong-nam, 46, dipercayai telah ditarik dari belakang oleh seorang pembunuh wanita dan diracun semasa menunggu untuk menaiki penerbangan di lapangan terbang Kuala Lumpur Malaysia pada pagi Isnin lalu.
Dipercayai pembunuh upahan telah menyembur dia dengan racun, yang berkemungkinan menggunakan “fountain pen”.
Jong-nam memberitahu kakitangan beliau merasa “pening” kemudian mengalami sawan dan dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia sejam kemudian.
Imej CCTV kemudian menunjukkan seorang suspek yang sedang menunggu teksi di luar KLIA 2. Wanita muda itu memakai skirt pendek, legging merah jambu dan sweater putih dengan ‘LOL’ dicetak di bahagian depan.
Polis Malaysia berkata, mereka telah menahan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai Doan berusia 28 tahun dari Nam Dinh, Vietnam.
Menurut media tempatan, dia berkata, dia datang ke Malaysia dengan sekumpulan empat lelaki dan seorang lagi wanita untuk bercuti.
Beliau telah memberitahu polis yang kawan-kawan menyuruhnya melakukan ‘prank’ pada Jong-nam di lapangan terbang dan “spray dia dengan cecair”.
Oriental Daily melaporkan suspek berkata. “Mereka memberitahu saya ia adalah gurauan. Saya tidak tahu ia bertujuan untuk membunuhnya,”
Perempuan yang kedua menutup mulut Jong-nam dengan sapu tangan selepas mukanya disembur oleh beliau.
Laporan di media Cina berkata, berikutan kejadian itu, kedua-dua wanita berkenaan terus menaiki teksi dan meninggalkan lapangan terbang.
Empat lelaki dalam kumpulan mereka telah menuju ke sebuah hotel.
Suspek mendakwa bahawa apabila dia tidak dapat mencari sahabat beliau dan empat lelaki berkenaan, dia pulang ke lapangan terbang hari yang berikutnya, di mana dia telah ditangkap oleh polis yang dikenal pasti beliau dari CCTV.
Polis mengesahkan mereka masih mengenalpasti suspek lain yang mungkin terlibat dalam kes itu.
Jong-nam dipercayai telah dibunuh atas arahan saudara tirinya Kim Jong-un. Beliau terselamat sekurang-kurangnya satu percubaan membunuh sebelumnya pada pada tahun 2012.
Perisikan Korea Selatan melaporkan bahawa beliau menulis surat kepada Jong-un bahawa dia mengemis untuk hidupnya. Tetapi Jong-nam tidak pernah diampuni kerana lantang mengkritik saudara tirinya.
Beliau telah tinggal dalam buangan sepanjang hidupnya.
Jong Nam diketahui menghabiskan masa hidupnya tinggal di luar negara asalnya dan telah bercakap secara terbuka terhadap pemerintahan dinasti keluarganya.
Beliau berkata selama ini bahawa dia telah beberapa kali mengatakan “tidak ada minat untuk menjadi pemimpin negaranya.”
“Saya berharap adik saya akan melakukan yang terbaik demi kehidupan yang makmur rakyat Korea Utara.”
“Jika pembunuhan Kim Jong Nam telah sah dilakukan oleh rejim Korea Utara, ianya jelas menggambarkan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan rejim Kim Jong-un,” Perdana Menteri Korea Selatan Hwang Kyo-ahn, memberitahu semasa mesyuarat majlis keselamatan.
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat untuk mengambil tindakan lanjut.
Sumber: The Miror
EmoticonEmoticon