Tugas suami ini melindungi isteri dan menjaga aib isteri, bukan hanya mengikat tali perkahwinan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Hormatilah isteri yang telah melahirkan anak-anak anda, bukan mudah seorang wanita bertarung nyawa melahirkan anak-anak.
Tidak dapat dinafikan alam rumah tangga tidak dapat lari dari masalah yang datang. Tetapi, masalah itu dapat diselesaikan jika anda duduk berbincang dengan pasangan dengan cara yang baik.
Namun kali ini masalah rumah tangga yang berlaku pada wanita ini agak ‘pelik’. Bayangkan suami sendiri tidak kisah si isteri tidur satu bilik bersama adik lelakinya ketika si isteri berada di dalam pantang, pelik bukan?
Wanita ini telah berkongsi pengalaman pahitnya ketika berpantang di rumah mertua. Sepanjang berpantang di rumah mertua, suaminya sering kali tiada di rumah kerana bekerja luar.
Tetapi, bilik wanita ini sering kali adik beradik lelaki ipar sesuka hati keluar masuk. Ibu mertua tidur sekali bersama wanita ini sepanjang berpantang kerana bertujuan untuk menjaga si anak.
Namun begitu, suatu hari adik ipar lelaki baru balik cuti, ibu mertuanya telah mempelawa adik ipar lelaki untuk tidur sekali dalam bilik bekenaan.
Kadang-kadang jika wanita ini baru lepas mandi dan mahu menukar baju di dalam bilik. Apabila tengah menukar baju adik beradik ipar lelaki masuk ke bilik sesuka hati dan ternampak perkara yang tidak sepatutnya mereka lihat.
“Bila kahwin memang kena terima baik buruk keluarga mertua, saya memang cuba terima. Diorang okey saja, tapi saya rasa mcm kene wakaf + qeqah oleh keluarga mertua. Suami kene kerja luar, saya pun pantang rumah mertua. Tapi bilik saya adik bradik ipar lelaki suka hati keluar masuk. Mak mertua tidur sakali dengan saya nak jaga anak. Siap pelawa lagi adik ipar lelaki baru balik cuti tidur sekali dengan kami.
“Kadang saya baru lepas mandi, nak tukar baju, terlupa nak kunci pintu. Lepas itu ipar-ipar masuk ternampak, sakitnya hati. Kadang nak masuk rehat mandi pun tengok ada yang berlingkar dalam bilik. Saya dah marah tak bagi masuk lepas itu tak masuk kejap. Mak mertua marah saya garang dengan anak-anak dia tak bagi masuk bilik nak main dengan baby ke apa. Saya tido kadang baby menyusu terlelap tak tutup, sedihnya.
“Mengadu kat suami dia pulak marah kata nak mengumpat family dia. Konon keluarga dia buat semua tak betul. Saya selalu marah bab ikhtilat ja. Dah naik malas nak pakai tudung dalam rumah lebih dari tu pun orang dah tengok,” tulisnya.
Ramai netizen yang menasihati wanita ini untuk berpantang di rumah sendiri atau berpantang di rumah ibunya. Malah, ada yang merasakan suami wanita itu seperti ‘berkongsi’ isteri dengan adik beradik lelakinya kerana tidak kisah adik beradik lelaki melihat tubuh badan isterinya sendiri.
“Sayangnya, suami bayar mahal-mahal tapi orang lain dapat tengok free,” tulis Nur Shihra Anuar. - MissA/UtaraNews.com
EmoticonEmoticon