Bismillahirahmanirohim.
Ramai yang tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena?
Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang.
Bukan pengguna contact lens saja yang kena nasib seperti ini, orang tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dari contact lens, kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris apa pun yang menyebabkan luka dan juga yang suka make up, kemudian tak cuci dengan betul atau pakai make up remover yang sepatutnya.
Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli kesihatan. Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti ini bukan disebabkan lens. Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur, penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli 'suka-suka' di farmasi tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini.
Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea mata masih ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga dengan elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak.
Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga mata kita sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sangat atau suruh sesiapa tiup. Kornea mata manusia sangat sensitif. Jangan buat andaian sendiri mata okay atau tak serius. Terus rujuk pada doktor pakar mata.
Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan cuci mata menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya, kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang orang terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk dibunuh.
Biarlah sakit ini saya saja yang rasa. Mohon kepada sahabat, keturunan saya, orang-orang yang saya kenal dijauhkan dari dugaan seperti ini. Sakitnya sangat seksa dan makan masa berbulan-bulan untuk sembuh.
Oleh Nurul Atiqa
EmoticonEmoticon