Thursday, 23 February 2017

Hati Seorang Ayah Mana Yang Tak Menangis Jika Kalau Anaknya Jadi Seperti Ini.

Kehadiran seorang ibu adalah segala-galanya bagi seorang kanak-kanak. Ibu tidak akan dapat diganti apapun di dunia ini. Namun bagaimana bila si anak tidak boleh merasakan kehangatan si ibu lagi?. 

Tentulah kesedihan mendalam yang akan dirasakannya, walaupun mungkin dia mampu menyembunyikannya.


Kesedihan itu juga dapat dirasai dengan sebuah foto yang dimuat naik yang mengharukan datang dari seorang pengguna Facebook bernama Ojack Siga Rantang. Akaun tersebut berkongsi sebuah gambar kertas yang berisikan tulisan tangan anak kecil. 

Meski terlihat begitu rawak-acakan, namun tulisannya masih boleh dibaca dan difahami.


Adapun bunyi dari tulisan tersebut:

"Kangen mamah. Mamah Eis kangen sama mamah.
Kenapa mamah meninggal dunia. Kalau mamah enggak ada Eis sedih.
Eis nangis kal ingt mamah. Tapi Eis juga berdoa buat mamah.
Semoga mama tenang di dekat owloh. Eis sekarang nangis mah."

Tulisan tersebut menunjukkan kerinduan seorang anak kepada ibu yang sudah lama meninggal dunia. Anak yang menulis surat tersebut bernama Feriska. Anak perempuan yang masih berusia 9 tahun itu adalah anak kepada si pemilik akaun.

Berdasarkan pengakuan Ojack, pemilik akaun, surat tersebut dia mendapatkannya secara tak sengaja. Pada masa itu dia hendak membuka beg Feriska untuk melihat pelajarannya.

Namun dia temui tulisan 'Kangen Mamah' milik anaknya. Menurut Ojack, Feriska tidak pernah melihat ibunya sejak lahir. Selama ini, kata Ojack, anaknya diasuh oleh neneknya. Kerana dia harus mencari nafkah di Bayah, Banten Selatan.

Kerana jarak yang cukup jauh, dia hanya boleh bertemu dengan Feriska dua bulan sekali. Walaupun jarang bertemu, namun Ojack mengaku bangga dengan pertumbuhan pesat anak perempuan kesayangannya itu.

"Masih kelas 3 SD. Anaknya boleh berdikari dan sangat pintar", ujar Ojack.

Kesedihan mendalam dirasakan oleh Ojack setiap kali melihat anaknya menangis merindukan ibunya. Perkara itu boleh difahami dari post Ojack berikut ini:


Menangislah & terus menangis,, bila itu boleh menghilangkan rasa sedih & rasa kangen mu nak,,,,,Tetapi tersenyum lah jikalau semua sudah terasa lega....
Ingat lah nak, semua mrasa kehilangan, semua sedih, tapi itu bukan untuk terus diratapi & di tangisi....
Berdo'a itu jalan terbaik buat kebaikan mamah mu di sorga, smoga almarhumah ibu mu ditempatkan di tempat yang layak di samping ALLAH...
Aamiin.....

Semoga Ojack dan adik Feriska diberi kekuatan, ketabahan dan penghiburan dari Allah.

Amin. 

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon