Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.
Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku pada seorang kenalan saya sendiri.
Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si perempuan ini nak pergi ke tandas.
Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang diluar sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh sedikit dari kedai Mesra.
Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di dalam kereta.
Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.
Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan dan tidak berpakaian yang dipercayai telah dir0g0l. Sedih, tetapi itulah yang terjadi.
Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas dan dir0gol secara ganas.
Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai 'negro'.
Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan.
Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu diutamakan.
Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung.
| BM
EmoticonEmoticon