Wednesday, 15 February 2017

Entah...Apa Yang Hebat Sangat Tentang Burung 'Purple' Ini, Sehingga Begitu Berjaya Dikongsi Berulang Kali Di FB!!!

Tags

Menurut laporan The Verge, beberapa laman rasmi Facebook untuk organisasi seperti Vox, Polygon, Business Insider malahan laman berita CNN, BBC, juga dipenuhi komen yang mengandungi sticker burung ungu 'headbaging'.

Dalam sebuah artikel milik New York Times, seorang pelayar menggunakan sticker tersebut sebanyak 92 kali!

Walaupun sebahagian pelayar menganggap penggunaan sticker burung ungu headbaging tersebut secara berlebihan adalah kelakar, ia juga dianggap biadap apabila digunakan pada berita berkenaan dengan kematian.

Asal usul Sticker 'Trash Doves' Burung Ungu 'Headbaging'


Burung ungu ini sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang menghentak kepala ini dinamakan Trash Dove) dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler, pada September 2016 dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari 2017.

Trash Dove hanya mula viral apabila dipopularkan oleh satu video di Thailand baru-baru ini.

Bagaimanapun, video kartun burung ungu dan seekor kucing itu boleh menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa kerana boleh dikategorikan untuk orang dewasa.

Pencipta set stiker Trash Doves burung ungu ini turut mengakui terkejut dengan fenomena yang tercetus dari stikernya.

"Ianya bermula di Thailand, sebenarnya - mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)" kata Weiler.

Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand?


Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan orang bujang yang tiada harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas.

Namun, ada juga yang berpendapat burung itu hanya sekadar melayan lagu 'Trash Metal'.

Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet. 

Sumber: Siakapkeli | BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon