Monday, 20 February 2017

Bagi Kamurang Yang Suka Sangat Korek-korek Telinga Itu...Baca Ini Supaya Tahu Apa Akibat Dari Ketagihan Kamu Tu...

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!


Tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, tapi kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.

Selalu Mengorek Telinga Menyebabkan Kurang Pendengaran

Fitrahnya yang telah Allah siapkan dan perlengkapkan dalam tiap-tiap tubuh badan masing. Jika diganggu maka kita secara tak langsung telah mengganggu proses yg telah Allah swt ciptakan dalam tubuh badan manusia itu sendiri.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon