Tuesday, 20 September 2016

LUAR BIASA!!! Mas Kahwin Pasangan Ini Hanyalah Segelas Air Putih!

Selepas kita dihebohkan dengan cerita pasangan yang gagal dinikahkan disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di Indonesia.

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.


Sekali lihat, ia seperti acara pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mas kahwin segelas air minum. Terus diminum mas kahwinnya. Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

“Ya. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu,” tulis Purwanto.

Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

Sumber: Agensi/myMetro Online | BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon