Saturday, 13 August 2016

Rahsia: Ciri-ciri Wanita Yang Senang Dipermainkan Oleh Lelaki.

Tags


Kebanyakkan wanita yang bercinta sudah tentu mengharapkan pasangannya benar-benar tulus dan setia mencintai mereka. Hinggakan ada wanita yang waras sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasih tercinta atas dasar cinta semata-mata.

Tetapi kata orang tak semua lelaki itu jujur dalam perhubungan cinta, ada saja lelaki yang hanya sekadar "suka-suka" dan bercinta untuk "mengisi masa lapang"??...kurang asam betul kan lelaki macam ni.. Lebih malang lagi jika si wanita bercinta bagai nak rak tetapi tidak sedar sedang bercinta dengan buaya darat yang menunggu mangsa baru.

Mari kita kenali antara ciri-ciri wanita yang sentiasa menjadi sasaran dan senang dipermainkan oleh buaya darat.

1. Terlalu Lemah Lembut 
  • Lemah lembut adalah sikap yang bagus namun cubalah sekali-sekala untuk tegas jika pasangan anda lakukan kesalahan. Jangan hanya diam dan menurut sahaja cakap kekasih anda kerana lelaki akan mudah untuk menipu anda buat kali kedua,ketiga dan seterusnya. 
2. Jenis bersahaja
  • Wanita jenis bersahaja biasanya akan sangat mudah termakan pujuk rayu maut lelaki apabila sudah tangkap cintan. Wanita jenis ini jarang menolak andai sudah sayang namun jika baru-baru kenal mungkin usaha gigih diperlukan oleh lelaki untuk tawan hatinya. 
3. Lurus (Lurus Bendul) 
  • Wanita jenis lurus paling menjadi kegemaran lelaki buaya darat untuk dijadikan mangsa seterusnya. Mana tidaknya, jika ditipu mati-mati dia akan percaya tanpa sebarang persoalan. 
4. Terlalu mudah percaya 
  • Wanita jenis mudah percaya terhadap lelaki akan sangat mudah untuk di tipu, lebih-lebih lagi baru sebulan kenal tapi dah percaya macam 20 tahun berkawan. Sebaiknya hindari bercinta dengan lelaki yang baru dikenali kerana anda belum tahu latar belakang lelaki tersebut. 
5. Terlalu pendiam 
  • Ada sesetengah wanita jenis pendiam, namun jika terlalu pendiam juga tidak bagus. Cubalah berinteraksi dengan orang sekitar jadi dapatlah juga kongsi pengalaman orang lain. Pengalaman sangat penting agar kita lebih berhati-hati bila berdepan masalah yang sama dengan orang lain. 
Ingat, cinta itu mengasyikkan dan juga mampu membutakan hati. Jangan sesekali "ikut telunjuk" hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti. -

Sumber: Cariinfonet | Bolanmagambang.com

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon