Seorang wanita China berusia 59 tahun menyimpan rambut selama 35 tahun yang lalu, kerana percaya bahawa rambut panjang membantu memanjangkan umur dan kesihatan yang baik. Wanita tua bernama Gu Meiying tinggal di barat China, telah menunjukkan rambut panjangnya sehingga lebih dari 8 kaki, dan telah disebarkan dalam rangkaian maklumat sosial di China.
Gu Meiying mula menyimpan rambutnya sejak 1980 sejak beliau berusia 24 tahun, dan sentiasa meletakkan rambutnya ke belakang apabila bekerja. Apabila rambutnya mula semakin panjang dia perlu menyusun dan tidak mau membiarkan rambutnya tidak kemas.
Susunan rambutnya semakin panjang, dan menjadi semakin berat. Walaupun begitu, beliau berkata rambutnya tidak menghalang untuk melakukan kerja-kerja beliau yang lain. Walaupun sukar, dia tetap tidak pernah tinggalkan kerjanya. Setiap kali membersihkan rambutnya, ia mengambil masa 1 minggu untuk rambutnya kering.
Gu datang dari penduduk minoriti Miao, yang berpendapat bahawa rambut adalah objek yang sangat berharga, menyebabkan rambutnya tumbuh dengan panjang yang luar biasa.