Friday, 6 May 2016

Rahsia: Nak Wanita Pandang Anda, Laa...Senang Saja Tu!

Lelaki yang bersih dan wangi lebih disukai oleh para wanita. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming, sudah tidak relevan lagi diabad ni.


Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambilkira. 

Jom lihat dan ikuti fakta-fakta penting berikut, wanita pasti terpikat, atau paling tidak pun...dia menoleh dan berkata dalam hati...hebatnya lelaki tu...hehehe!

1. Trim bulu hidung

Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. 

Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah atau potong bulu hidung yang sudah terjulur itu. 

2. Kemaskan bulu kening yang berselerak

Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun. 

3. Potong kuku pendek dan bersih

Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah. 

4. Berus dan flos gigi setiap hari

Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi. 

5. Berdiri tegak

Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita. 

6. Minyak wangi

Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen. 

7. Padanan tali pinggang dan kasut

Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen. 

Secara kesimpulan, kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba.

Bukan sahaja wanita malah lelaki turut akan menoleh dan kemudian cabut lari jauh-jauh...kalau dah macam itu kesnya...kan bikin malu. - bolanmagambang.blogspot.my
Sumber: lelakisihat.com

Artikel Terkait

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon